23 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 9, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Lima peniaga terjejas PKP di Kg.Labak Baru, terima bantuan bakul makanan daripada ADUN Bingkor

George mewakili Robert menyampaikan bantuan bakul kepada peniaga di Kampung Binaong yang terjejas pendapatan.

Oleh:Marutin Ansiung

KENINGAU:Lima peniaga di Kampung Labak Baru yang terjejas pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)3.0 menerima bantuan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Bantuan bakul makanan itu disampaikam oleh Pemaju mukim Bingkor George Dairie mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

Mereka yang menerima bantuan itu terdiri dari Puan Jurinah Diji, Puan Jaitin Panantab, Puan Marina Sindatu, Puan Maidan Sindatu dan Puan Misa Bondang.

Kelima-lima  peniaga tersebut mengucapkan terima kasih Robert  yang begitu prihatin dengan rakyat di kawasannya.

“Dengan adanya bantuan ini, sudah tentu sedikit sebanyak dapat membantu keperluan kami di masa PKP (lock down) yang sedang berjalan sehingga 14 Jun ini. Kami bersyukur mempunyai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa mendekati rakyat di kawasannya” kata Puan Jurinah Diji selaku jurucakap peniaga-peniaga berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN