28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Peniaga rugi RM130,130.00 selepas kena tipu

GAMBAR: Supt. Muhamad Farid Ahmad


LABUAN: Seorang peniaga, 30, mengalami kerugian sebanyak RM130,130,00 selepas ditipu oleh dua individu yang menyamar sebagai anggota polis dan pegawai mahkamah.


Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, kejadian berlaku pada 30 April, apabila mangsa telah dihubungi oleh dua lelaki yang mengaku sebagai anggota polis dan pegawai mahkamah dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram serta akaun bank mangsa di City Bank sedang disiasat.


“Suspek memaklumkan mahu membuat pemeriksaan jumlah wang yang ada dalam mana-mana akaun bank dan meminta nombor akaun serta nombor kad bank milik mangsa, Mangsa yang mempercayai telah membuat pemindahan wang ke lima akaun yang diberitahu iaitu dua akaun BSN, dua akaun CIMB dan satu akaun Maybank atas nama yang berlaianan” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Isnin.

Muhamad Farid berkata, mangsa membuat 19 kali transaksi dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM130,130.


“Mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis pada 1 Mei selepas menyedari dia telah ditipu”katanya.


Muhamad Farid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN