26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Peniaga, penjaja pasar perlu diberi suntikan vaksin segera

Richard (kanan)menyampaikan face mask kepada penjaja di Pasar Sikuati.

MATUNGGONG:Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)memohon pihak berwajib untuk menyegerakan suntikan vaksin kepada peniaga dan penjaja di pasar-pasar di seluruh Negeri Sabah.

Ketua Bahagian PBRS Matunggong, Richard Kastum berkata, kebajikan serta keselamatan golongan ini perlu diberi perhatian kerana mereka adalah dianggap sebagai ‘barisan hadapan’ ekonomi yang berurusan dengan orang ramai setiap hari untuk memberi khidmat bekalan, penjualan makanan serta keperluan harian kepada masyarakat. 

Katanya, vaksinasi bukan saja dapat membantu usaha mewujudkan imuniti komuniti kelompok seperti disasarkan, malah dapat menghindari golongan ini daripada risiko jangkitan seterusnya membantu menghentikan penularan pandemik. 

Richard yang juga Pemangku Setiausaha Agung PBRS berkata demikian selepas membuat di Pasar Sikuati kelmarin.

Richard (kiri)bertanya sesuatu kepada salah seorang penjaja.

Dalam tinjauan itu katanya, status vaksinasi para penjaja di pasar hanya 75 peratus penjaja masih belum menerima vaksinasi sehingga ke hari ini walaupun kebanyakan mereka telah membuat pendaftaran awal.

“Kita berasa amat bimbang mengenai keselamatan dan risiko jangkitan yang dihadapi oleh para penjaja jika mereka tidak mendapat vaksin. Kita mahu mereka terus berkeupayaan untuk menjana pendapatan dan tidak mahu urusan perniagaan mereka tergendala” jelasnya.

Richard berkata, PBRS mengambil inisiatif untuk membawa isu tersebut supaya perkara ini diberi perhatian dan tindakan secepat mungkin.

Serentak tinjauan tersebut, Richard turut menyumbangkan pengimbas suhu dan face mask kepada penjaja.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN