25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PENGUSAHA SERUNDING KUBIS DAERAH RANAU MENANG ANUGERAH RERURAI INOVATIF

TAHNIAH.….Prof Dr Jurry Foo (kanan) menerima hadiah bersama pengusaha serunding Kubis

INOVASI produk makanan berasaskan sumber hasil pertanian ‘Serunding Kubis’ merangkul anugerah inovatif bagi kategori reruai agensi dan NGO sempena Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan 2023 (PKPK 2023) yang julung kali diadakan di Malaysia dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record. Kejayaan ini menjadi membuktikan keupayaan UMS membudayakan inovasi sesuai dengan peranan UMS sebagai peneraju masyarakat berinovatif.

Serunding Kubis adalah hasil pemindahan ilmu melalui penyelidikan SGI0111 oleh Universiti Malaysia Sabah kepada komuniti oleh Universiti Malaysia Sabah kepada komuniti semasa pandemik COVID-19.  Komuniti rintis projek penyelidikan yang menghasilkan serunding Kubis berjenama D’Dompur iaitu D’Dompuron Enterprise di rerurai UMS semasa persidangan tersebut berjaya menarik perhatian pengunjung dan penilai melalui produk yang dianggap menarik, unik dan sangat sedap.

“Saya bersyukur kerana produk Serunding Kubis D’ Dompur yang dihasilkan daripada  pemindahan ilmu UMS kepada kami telah membuka peluang perniagaan dan menjana pendapatan sampingan kepada kumpulan komuniti kami”, kata Pn. Rojaliah, pengurus D’Dompuron Enterprise.

ROJALIAH Pelopor D’ Dompur Enterprise

“Kalau boleh saya ingin memperluaskan lagi kapasiti pengilangan dan pengeluaran kami agar dapat melibatkan lebih ramai ahli komuniti dari kampung kami di Libang, Ranau sebagai penerima manfaat”, ujarnya lagi.

Pemerkasaan serunding Kubis D’ Dompur yang dahulunya dikenali sebagai Serunding Kubis RH turut mendapat suntikan bimbingan dan bantuan kemudahan daripada Jabatan Pertanian Negeri Sabah, DIDR dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Sabah yang sedang dalam fasa audit pensijilan halal kepada produk ini.

Program yang dianjurkan Universiti Putra Malaysia pada 5hb dan 6hb  Ogos itu di sertai pelbagai organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, termasuk sekolah dan komuniti pertanian bandar yang mempamerkan dan menjual hasil pertanian dan produk inovasi masing-masing, di samping sesi perkongsian pengalaman komuniti dan pemindahan ilmu daripada pihak pakar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN