26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pengusaha pertanian di kawasan Mosilou mohon sebuah jambatan konkrit

Sungai Masilou perlu ada jambatan untuk kemudahan para pengusaha pertanian mereka.

KUNDASANG: Lebih 100 orang pengusaha pertanian di kawasan Mosilou di sini, memohon kepada kerajaan supaya membantu penduduk membina sebuah jambatan konkrit merantangi sungai Masilou sebagai
kemudahan mereka untuk mengusahakan pertanian.

Pengerusi Persatuan Pertanian Kundasang, Simon Leong berkata, keperluan amat penting bagi membina jambatan berukuran 150 kaki merentangi sungai tersebut sebagai laluan utama penduduk menjalankan aktiviti pertanian mereka.

“Berikutan ketiadaan jambatan juga menyusah para petani (pekebun) sayuran tanah tinggi untuk menghantar barangan keperluan seperti baja, simen, atap zink, tangki air dan keperluan kebun yang lain”, jelas Simon yang juga seorang pengusaha kebun tanaman tomato berkualiti tinggi dan pelbagai sayuran lain.

“Masalah ini sudah berulang-kali kami suarakan kepada yang berwajib namun belum ada tindakan positif diambil sehingga hari ini”, tambah Simon.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN