25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pengusaha kedai makan dan pelanggan harus patuhi SOP PKPB: Masidi

Sekadar gambar hiasan

KOTA KINABALU: Pengusaha dan pelanggan kedai makan harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan kerajaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kelonggaran SOP baharu yang membenarkan orang ramai untuk makan dan minum di kedai adalah ditetapkan dengan garis panduan.

“Kebenaran dine-in di semua premis makanan adalah ditetapkan dengan garis panduan seperti penjarakkan fizikal satu meter, semakan suhu dan menghadkan kapasiti pelanggan.

“Perkara utama dalam hal ini adalah pematuhan dalam garis panduan di kalangan pengusaha kedai dan pelanggan.

“Oleh itu kerjasama semua lapisan masyarakat dalam membendung pandemik Covid-19 perlulah dipertingkatkan,” katanya. -NabaluNews

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN