28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Pengusaha Bistro & Kafe di Labuan di kompaun salah guna alat sukat tidak sah

Penguatkuasa KPDN ketika melakukan pemeriksaan premis Bistro dan Kafe di pusat bandar Labuan.

LABUAN : Seorang pengusaha bistro dan kafe telah dikenakan kompaun oleh sepasukan anggota Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan dalam satu operasi yang dijalankan ke atas premis-premis perniagaan di sini pada Sabtu.

Pengarah KPDN Labuan Junaidah Arbain berkata, tindakan kompaun tersebut diambil di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 [Akta 71] kerana kesalahan menggunakan alat sukat minuman (jigger) yang tidak ditentusahkan bagi tujuan perdagangan.

Dalam operasi yang dijalankan pada waktu malam itu, sebanyak 56 premis perniagaan lain turut diperiksa, dan didapati kesemua peniaga mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian.

” Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi memastikan pematuhan undang-undang dalam kalangan pengusaha premis, khususnya di lokasi tumpuan pengunjung” , katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu sebelum itu, penguatkuasa KPDN Labuan juga telah melakukan pemeriksaan ke atas 116 premis yang melibatka kedai runcit dan pasar awam.

Hasil pemeriksaan itu seorang peniaga telah dikenakan kompaun kerana gagal mempamerkan tanda harga pada barangan jualan, manakala dua lagi peniaga diberikan notis untuk mengemukakan maklumat berkaitan harga barangan.

“Tindakan ke atas ketiga-tiga peniaga tersebut diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723]”, katanya.

Dalam masa yang sama naziran turut menjalankan pemeriksaan ke atas bengkel-bengkel kenderaan bagi memastikan pematuhan terhadap standard perlindungan dan keselamatan pengguna melibatkan barangan seperti tayar dan pelapik brek kenderaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN