27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

pengunjung Ranau Rabit Farm, terus meningkat

KENANGAN…Rombongan pelancong dari Pulau Pinang sembat merakan gambar bersamaHelmi (tiga kanan).

RANAU: Setakat hari ini (15 Januari), pengunjung Ranau Rabit Farm (RRF) sejak mula dibuka sekitar tahun 2020 kini mencecah 5,000 (lima ribu) orang pengunjung termasuk pelancong dari luar negeri.

RRF yang bersebelahan Mount Kinabalu Sky Bike dekat Kg.Kigiok, terletak kira-kira 7 kilometer dari pekan Ranau boleh dihubungi berkenderaan memakan masa kira-kira
30 minit dari pekan untuk sampai.

Para pengunjung boleh singgah ke Marakau Bombon, Ladang Ternakan Rusa dan  Taman Madu Kelulut Kg.Kinapulidan sebelum sampai ke RRF.

Pemilik RRF dan Sky Bike, Wong Ko Siong berkata lokasi pelancongan di Ranau dan Kundasang kini mula dibuka kepada orang ramai memandangkan  cuaca baik dan Jambatan Riveside ‘sungai Tekurik’ sudah siap dibaiki untuk laluan dua hala Sandakan-Ranau-Kota Kinabalu.

“Kita mengharapkan keadaan cuaca akan bertambah baik membolehkan pergerakan orang ramai termasuk pelancong berjalan lancar”, jelas Wong ketika dihubungi selepas menyambut ketibaan rombongan pelancong dari Pulau Pinang.

Rombongan 16 orang dewasa dan 4 kanak-kanak itu diketuai Helmi Bin Mydin kemudiannya meneruskan lawatan mereka ke Dairy Farm Masilou Kundasang dan Taman Air Panas  Poring sebelum balik ke Kota Kinabu dan balik ke Pulau Pinang pada 17 Januari.

Rombongan mereka yang bermalam di salah sebuah pusat penginapan di Kundasang berasa puashati dengan lawatan mereka ke Sabah khususnya ke Ranau dan Kundasang  yang  sejuk  menyemankan diri meskipun laluan dari Kota Kinabalu berbukit bukau dengan keadaan jalan raya yang bengkang-bengkok, bergunung-ganang serta keadaan jalanraya yang berlobang-lobang memerlukan   perhatian oleh pihak kerajaan demi keselesaan rakyat.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN