30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penglibatan NGO dalam kempen menderma darah amat penting, dialu-alukan

Zinin (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Junior.

KENINGAU: Penglibatan mana-mana badan sukarela atau persatuan dalam kempen menderma darah amat penting bagi membantu pihak Unit Transfunsi Darah Hospital di daerah ini.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred berkata, ini kerana Unit Transfunsi Daerah Hospital Keningau memerlukan stok darah yang mencukupi sepanjang masa bagi menampung keperluan pesakit yang memerlukan rawatan tambahan darah.

Justeru itu beliau menyeru agar badan-badan sukarela atau persatuan mahupun agensi-agensi kerajaan mengambil bahagian dalam penganjuran Kempen Derma Darah.

Beliau yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik berkata demikian semasa menyaksikan Program Kempen Derma Darah anjuran KRT Zon Apin-Apin yang dihoskan oleh KRT Kampung Ritting yang berlangsung di Dewan Datuk Angian Andulag Pekan Apin-Apin.

Junior sekali gus menyampaikan beras sumbangan Robert kepada setiap penderma darah pada program itu.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Zinin Rahmat berkata, sebanyak 15 pain darah dapat dikutip dalam program itu.

Katanya, walaupun bilangan itu sedikit tetapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu Unit Transfusi Hospital Keningau.

Pada masa sama Zinin menghargai setiap penderma darah pada program itu dan merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert atas sumbangan beras bagi menjayakan program kemasyarakatan itu.

KRT Zon Apin-Apin melibatkan KRT Ritting, KRT Takad Atas, KRT Umpason, KRT Takad Selatan, KRT Sungoi, KRT Apin-Apin, KRT Pekan Kecil Apin-Apin, KRT Matanoi.

Turut terlibat dalam program itu Skuad Uniti Daerah Keningau, SEJIWA Daerah Keningau dan JKDB Pekan Apin-Apin.

Manakala Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengadakan pameran pada program itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN