27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” adalah satu pengiktirafan: Robert

Robert (dua dari kanan) semasa menyaksikan pameran pada Karnival itu.

KENINGAU: Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” atau BeSS adalah satu pengiktirafan yang diberikan kepada pengusaha premis makanan bagi menggalakkan pengusaha premis makanan menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, ini merupakan salah satu usaha atau program penambahbaikan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemantauan terhadap program yang sedia ada.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian semasa berucap sempena Mini Karnival Kesihatan @ Taman Bandukan Riverside Resort.

Dengan adanya kerjasama yang erat di antara kerajaan dan pihak swasta serta badan-badan bukan kerajaan yang lain, ianya diharap dapat meningkatkan komitmen berterusan semua pihak dalam memastikan penjagaan kesihatan serta keselamatan dan kualiti makanan terjamin di Keningau khususnya.

Robert dalam ucapannya, menyatakan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur khususnya Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau dan Taman Bandukan Riverside Resor dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan Mini Karnival Kesihatan serta aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

“Tidak lupa juga kepada semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang telah sama-sama membantu Kementerian Kesihatan dan Kerajaan amnya dalam memastikan keselamatan dan kualiti makanan  sejak dari dulu hingga sekarang” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana sentiasa memberi sokongan padu, membantu dan menyokong usaha murni kerajaan.

“Saya berharap pihak media akan memberi liputan yang luas kepada usaha-usaha kerajaan ke arah menjadikan masyarakat yang sihat sepanjang hayat” tambahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN