31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penghuni Taman Fajar ucap terima kasih kepada SESB Keningau

Kelihatan para anggota SESB memasang transfomer baru di pencawang Taman Fajar.

KENINGAU: Penghuni Taman Fajar di sini menghargai dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada SESB Keningau atas komitmen yang tinggi terhadap masalah gangguan bekalan yang berlaku di pencawang taman itu pada Jumaat.

Salah seorang pengguna yang juga penghuni taman perumahan berkenaan Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata, pada hari itu lebih kurang jam 6.30 pagi transfomer di pencawang tersebut meletup.

“Sejurus selepas itu saya menghubungi Pengurus SESB Keningau Eric Dolinting melalui aplikasi whatsapp dan beliau respon dalam tempoh 2 minit, kemudian bekalan dapat dipulihkan namun transfomer tersebut meletup lagi menyebabkan bekalan lebih kurang 6 jam” jelas Yazid.

Yazid yang merupakan Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor berkata, Pengurus SESB Keningau menghantar pesanan ringkas melalui whatsapp memberi, transformer di Taman Fajar rosak dan akan diganti dengan transfomer yanga baru.

Dengan kepantasan dan kecekapan pengurusan SESB katanya, pada hari yang sama bekalan pulih semula pada jam 4.15 petang apabila transfomer baru dipasang.

“Saya ada dilokasi tersebut semasa kerja-kerja pembaikan dan penukaran transformer tersebut dan sempat berbual-bual dengan seorang anggotanya” kata Yazid.

Menurut Yazid, anggota SESB itu memberitahu, mereka sentiasa ‘standby’ semasa cuti raya ini dan memang berlaku gangguan bekalan lebih-lebih lagi di musim cuaca panas dan kering ini dan mereka bekerja sehingga ke subuh semata mata untuk memulihkan bekalan eletrik untuk para pengguna walaupun kurang rehat.

“Sebagai pengguna, saya melihat anggota-anggota SESB yang bertanggungjawab dalam mempastikan bekalan tenaga eletrik memang begitu prihatin dan bertanggungjawab” kata Yazid lagi.

Tambah Yazid, kerja-kerja yang mereka lakukan amat berisiko tinggi dari segi keselamatan, di musim perayaan ini pun mereka siap siaga hingga meninggalkan keluarga dalam saat-saat bersama menyambut hari raya aidilfitri.

“Maka, kita para pengguna perlu memahami tugas-tugas mereka ini” ujar Yazid sambil mengucapkan tahniah kepads SESB Keningau khususnya Pengurusnya tuan Eric dan kru-krunya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN