Kelab Kebajikan 3HJ mengagihkan bubur lambuk kepada warga Anak Yatim Kg.Silad
RANAU: Seramai 17O orang warga tiga pusat penjagaan anak yatim sekitar Lohan di sini, menerima sumbangan Bubur Lambuk daripada Kelab kebajikan ‘Hidup, Harapan, Hidayah, Jariah (3HJ) Ranau baru-baru ini.
Warga pusat jagaan anak yatim terlibat ialah, Rumah Putera Harapan (RPH) Kg.Lohan Skim Dua, warga Rumah Anak Yatim Kg.Silad dan warga Rumah Transit Mualaf Kg.Lohan Skim 2.
Rombongan Kelab Kebajikan 3HJ ketika mengagihkan Bubur Lambuk kepada warga RPH.
Program tersebut merupakan aktiviti yang dirancang setiap kali Ramadan antara usaha kelab kebajikan 3HJ menyantuni warga anak yatim yang kurang berkemampuan.
Presiden Kelab Kebajikan 3HJ, Maharin @Mazly Bin Mahali yang mengetuai rombongan 20 orang AJK, ketika ditemui memberitahu program itu merupakan antara aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan setiap tahun sebagai tanda simpati kepada golongan memerlukan.
“Saya selaku Presiden Kelab ini merakam penghargaan dan terima kasih kepada semua Jawatankuasa mengendalikan program itu dengan lancar dan teratur”, jelas Maharin.
TERIMA KASIH..Warga Rumah Transit Mualaf Kg. Lohan Skim 2 merakam gambar bersama rombongan Kelab Kebajikan 3HJ selepas pengagihan Bubur Lambuk.