27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pengguna tarik nafas lega, jalan rosak sudah dibaiki

SUDAH SIAP….Sebahagian jalan menuju ke kawasan tanah pertanian penduduk Kg.Napong 2, Ranau.

RANAU: Jalan raya menuju  tanah pertanian Penduduk Kg.Napong II disini, yang rosak berikutan banjir yang berlaku awal  tahun ini kini  sudah siap dibaiki.

Berikutan pembaikan  itu, penduduk menarik nafas lega dan merakam penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin kerana membantu menyalurkan peruntukan berjumlah RM5,000 untuk membaiki  jalan raya sejauh 1.5 kilometer itu.

Ketua Adat Kg.Napong II, Robert Bin Inas mewakili penduduk Kg.Napong II, berterima kasih  atas keprihatinan Datuk Jonathan menyalurkan peruntukan  bagi membaiki jalan yang rosak teruk akibat banjir yang berlaku.

“Kami berterima kasih kepada Datuk Jonatan  seorang pemimpin prihatin membela dan ‘Pejuang Rakyat”, jelas Robert ketika ditemui selepas selesai pemantauan penyiapan projek oleh Pegawai Pemantau Projek Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Dominik Bin Kasuman pada petang Rabu.

“Jalan raya itu kini sudah boleh dilalui berkenderaan kecuali musim hujan Sungai itu tidak dapat dilalui kerana banjir”, tambah  Robert sambil merayu kepada kerajaan agar dapat membina Jambatan Gantung untuk kemudahan penduduk jika musim banjir.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN