30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pengerusi Qhazanah Technology Sdn.Bhd rasmi Program Remaja Sihat

RASMI..Awang Ahmad Sah sedang memotong riben tanda perasmian program itu

PUTATAN: Pengerusi Qhazanah Technology Sdn Bhd, Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Haji Awang Sahari berkata untuk mekahirkan bakal pemimpin yang berwibawa golongan belia haruslah mempunyai tubuh badan yang sihat, cerdas berfikir dan mempunyai iltizam yang tinggi.

“Mereka juga perlu menpunyai hala tuju yang jelas dimasa hadapan,” katanya.

Berucap merasmikan Program Kembara Remaja Sihat Tunjang Negara 2024 anjuran Klinik Kesihatan Putatan di SMK Petagas di sini, Ahmad Sah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas berkata para remaja khususnya pelajar SMK Petagas merupakan aset yang berharga dan diperlukan sebagai pemimpin pelapis dimasa hadapan membangun negeri Sabah menjadi sebuah wilayah yang maju setanding dan seiring negeri negeri lain di Malaysia.

Awang Ahmad Sah menegaskan para remaja, khususnya pelajar sekolah menengah perlu menjaga kesihatan mereka dengan baik, bukan saja baik untuk diri sendiri, malah baik untuk keluarga, dan seluruh masyarakat selari dengan kemajuan dunia digital dan cyber ini.

” Sebenarnya tanggungjawab menjaga kesihatan ini adalah tanggung jawab bersama semua lapisan masyarakat, ujar beliau.

AKTIVITI SIHAT…Antara aktiviti yang diadakan

Katanya lagi, jika semua rakyat sihat, terutamanya para remaja, maka kita akan hidup lebih selesa dan dapat membangunkan negeri Sabah dengan jayanya.

Datuk Awang menasihati anak anak muda khususnya para remaja haruslah menghindarkan diri dari melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, tambah beliau dihadapan sekitar 200 pelajar sekolah menengah terdiri dari Tingkatan Empat dan Lima SMK Petagas.

Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Klinik Kesihatan Putatan bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan selaku penganjur bersama program berkenaan yang bersikap memberi kesedaran kepada semua pihak betapa pentingnya menjaga kesihatan.

Dalam majlis berkenaan Awang Ahmad Sah turut merasmikan Mini Klinik Kesihatan di sekolah berkenaan dan akan menyumbang sebuah katil pesakit untuk kegunaan klinik berkenaan.

Hadir sama dimajlis itu, Dr.Nik Farah binti Nik Yusof Fuad, Ketua Klinik , Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Zanaridah binti Mat Nawi, Pakar Perubatan Keluarga, Cikgu Hazizi Suzana Binti Abd. Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Petagas dan Ahmad Mahmood, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan bersama sekitar 600 pelajar menyertai program berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN