29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pengerusi-Pengerusi JPKK DUN Bingkor sokong penuh usaha, permintaan wakil rakyat mereka

Marsuddin Abdul Halim dan Florian Ilon

KENINGAU:Rata-rata para pemimpin masyarakat khususnya Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung ( JPKK) menyokong permintaan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN )N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin yang memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar dapat menyalurkan peruntukan segara  bagi  pembinaan jambatan kekal di jalan kilometer 14 jalan utama Keningau- Apin Apin di kampung Liau laut yang kini tidak boleh dilalui kenderaan.

“Sebagai JPKK, saya menyokong penuh saranan Datuk Robert memohon  peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan seharusnya kerajaan Persekutuan perlu mempercepatkannya disebabkan pembukaan semua sekolah tidak lama lagi dan jalan ini amat diperlukan sekali oleh guru guru dan juga murid murid sekolah  serta mereka yang bekerja di bandar Keningau,Tenom, Sook, Nabawan, Tambunan, .samaada didalam kerajaan mahu pun swasta” kata Said Saipan Pengerusi JPKK Kampung Merampong. 

Pengerusi JPKK Kampung Menggitom Baru, Masruddin Abdul Halim turut menyokong penuh kenyataan berkenaan dengan permohonan untuk membina jambatan kekal.

“Saya juga menyokong kenyataan Datuk Robert untuk meminta Perdana Menteri  menambah bajet untuk Sabah. 

“Sememangnya peruntukan bajet yang diumumkan baru baru ini keseluruhannya tidak cukup untuk Sabah” katanya.

Masruddin berharap apa yang Datuk Robert utarakan kepada pihak berkenaan dapat diambil perhatian  demi kesejahteraan rakyat.

Seorang lagi Pengerusi JPKK Kampung Bingkor Baru Florian Ilon, amat bersetuju dengan  ADUN N.40 Bingkor atas cadangan pembinaan jambatan kekal.

Katanya, amat sesuai Jambatan kekal  dibina di lokasi berkenaan supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada para pengguna jalan tersebut dimasa akan datang.

“Sekarang ini pun, pengguna jalan tersebut khusus rakyat amat terkesan dan terjejas kerja harian mereka. Saya memohon agar Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan dan memberi kelulusan segara satu dana peruntukan untuk pembinaan jambatan kekal tersebut” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Wiramuda STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor berterima kasih kepada ADUN Bingkor yang proaktif  mengemukakan cadangan dan permohonan peruntukan segara bagi pembinaan jambatan kekal  tersebut.

Kawasan DUN Bingkor mempunyai 67 badan JPKK rata-rata menyuarakan sokongan dengan kenyataan Datuk Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya yang mahu jambatan kekal dibina segera di kilometer 14 Jalan Keningau – Apin Apin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN