Guru-guru bersama ibu bapa dan pada atlit SK.Pekan merakam gambar selepas kejohanan.
RANAU: Meskipun Kejohanan Sukan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Zon Pekan di sini, diadakan di Kompleks Sukan Daerah Tambunan baru-baru ini, namun tidak menjadi halangan kejohanan itu berjalan dengan lancar, meriah dan teratur seperti yang dirancang.
Guru Besar SK.Pekan Dua Ranau selaku Pengerusi Kejohanan, Ridiah Binti Sailun berkata, disebabkan Kompleks Sukan Ranau masih dalam pembaikan maka kejohanan terpaksa ke Kompleks Sukan Tambunan.
“Jawatankuasa kejohanan, guru-guru dan ibu bapa bersetuju kejohanan peringkat Zon Pekan Ranau itu tahun ini melibatkan empat buah sekolah bersetuju kejohanan ke Kompleks Sukan Tambunan”, jelas Ridiah.

OLAHRAGAWAN/WATI… Adik Jushua dan Alya merakam gambar bersama tropi mereka.
Sempena kejohanan sehari itu, menyaksikan kehebatan para Atlet SK.Pekan Dua untuk muncul juara keseluruhan dengan kutipan 9 pingat Emas, 3 Perak, 4 Gangsa disusuli SK.St.Benedict mengutip 3 Emas, 1 Perak, 2 Gangsa (Naib Johan) manakala tempat ketiga di sandang oleh SK.Pekan 1 dengan kutipan 2 Pingat Emas, 6 Perak, 6 Gangsa dan SJKC Pai Wen menduduki tempat
Keempat dengan kutipan 3 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa.
Sementara itu adik Jushua Miro Juhary dari SK.Pekan Dua (4 Pingat Emas)dan adik Alya Ameelda Abdullah juga dari SK.Pekan Dua (4 Pingat Emas) masing-masing diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati sempena kejohanan itu yang menjadi medan pemilihan atlit berpotensi bagi mewakili MSSM Zon Pekan ke kejohanan MSSM peringkat daerah Ranau tidak lama lagi.
          Â