30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penerima bantuan rumah, tiga keluarga ucap terima kasih kepada kerajaan.

Robert dan rombongan bergambar kenangan bersama penerima bantuan rumah SMJ di Kampung Melidang Puan Bitah Dangkis.

KENINGAU: Tiga keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor masing-masing sekeluarga di Kampung dan dua keluarga di Kampung Tonobon Baru yang mendapat bantuan rumah menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan.

Penerima Rumah SMJ di Kampung Melidang Puan Bitah Dangkis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan GRS khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik atas budibaik yang merealisasikan impiannya untuk memiliki rumah kediaman sendiri yang lebih selesa.

Sementara itu dua penerima rumah PPRT yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) di Kampung Tonobon Baru iaitu Puan Maszuin Bt Masain dan Encik Heldy Musain juga amat bersyukur dan menzahirkan ucapan terima kasih atas pemberian kerajaan yang amat bermakna buat mereka ini.

ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin yang melawat ketiga-tiga buah rumah bantuan kerajaan itu berkata, kerajaan GRS sentiasa prihatin kepada rakyat yang memerlukan bantuan.

Katanya, selain bantuan rumah banyak lagi bantuan dalam pelbagai bentuk disalurkan melalui agensi kerajaan kepada mereka yang memerlukan.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap tiga keluarga yang mendapat bantuan rumah lebih lebih selesa bersama keluarga di rumah kediaman baharu.

Turut sama dalam kawatan itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Bingkor Junior Fred, CDO DUN Bingkor Tinus Majip, Pemaju Mukim Bingkor George Dairie, Pemaju Mukim Tuarid Bandar Rahman Bidin, Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Joakim, Penolong Jurutera Pejabat Daerah Keningau Roy Alfian Jamree dan pemimpin-pemimpin masyarakat kampung berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN