28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penerima bantuan rumah SMJ, LKTNS zahir rasa gembira dan terima kasih.

Robert menyerahkan kunci rumah SMJ kepada Puan Mazlinah.

KENINGAU: Tiga keluarga penerima bantuan rumah di Kampung Kota Ayangan dekat sini masing-masing melahirkan rasa gembira dan terima kepada kerajaan.

Mereka ialah Puan Mazlinah Binti Paulus,
Encik Norbert Paul Sauda dan Encik Mohd.Azizan Masri.

Keluarga Puan Mazlinah mendapat bantuan rumah melalui program rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) manakala keluarga Norbert Paul dan Mohd.Azizan masing-masing mendapat bantuan rumah dibawah kendalian Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

Penyerahan rasmi kunci rumah secara kepada mereka disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

Selepas menerima kunci rumah, Puan Mazlinah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan yang ada hari ini atas keprihatinan membantu membina rumah keluarganya yang begitu selesa.

Katanya, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada wakil rakyat kami, Datuk Robert Tawik atas budibaik membantu kami mendapatkan bantuan rumah.

Norbert Paul dan Mohd.Azizan juga senada dengan Puan Mazlinah.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN