Antara laluan jalan Kg.Toporoh yang sudah siap diselenggara.
RANAU: Penduduk tiga buah kampung (Kg.Toporoh, Kg. Soborong dan Kg.Lungkidau) disini, ucap terima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin kerana membantu menyediakan kos berjumlah RM30 ribu bagi menyelangga jalan sejauh kira-kira 12 kilometer kemudahan perhubungan penduduk termasuk ke kawasan pertanian mereka.
Pegawai Pemantau Projek Pejabat Parlimen Ranau, Dominik Kasuman ketika ditemui selepas memantau projek tersebut memberitahu penyelanggaraan jalan itu sudah siap sepenuhnya telah melegakan hati para penduduk.
Dominik mengharapkan kepada lebih 300 orang penduduk ketiga-tiga kampung berkenaan supaya memanfaatkan kemudahan jalan itu dan memastikan tiada jentera berat menggunakan jalan berkenaan bagi mengelakan kerosakan.
“Jalan itu memang mudah rosak kalau dilalui jentera berat atau kenderaan yang membawa lebih muatan”, jelas Dominik.
              Â



