24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk tiga buah kampung jayakan goyong royong pemasangan paip air

BEKERJASAMA…Antara ahli Kumpulan ‘A’ yang menghadiri GRP tersebut.

RANAU: Warga tiga buah kampung disini, Kg.Dambalang, Kg.Marakau dan Kg.Kituntul Lama, sanggup mengetepikan kerja-kerja menanam padi sawah mereka buat sementara  untuk menyertai satu gotong royong, bagi menyiapkan pemasangan  Air  paip Graviti membekalkan penduduk ketiga-tiga buah kampung berkenaan yang kini memcecah 350 orang dengan 97 Ketua Keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air Paip Graviti ketiga-tiga buah kampung itu, Clement Umbun memberitahu, setiap satu keluarga adalah diwajibkan hadir menyertai goyong royong berkenaan memandangkan ia  satu tanggungjawab dan keperluan serta kepentingan bersama.

“Saya mewakili penduduk merakam  penghargaan  dan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin kerana membantu kami  membiayai kos keperluan peralatan pemasangan Paip Air Graviti di kampung kami terutama kos pembelian PVC2 untuk menggantikan peralatan  paip lama yang dipasang sejak 18 tahun lalu sudah uzur  mengalami kerosakan teruk”,  jelas Clement.

Menurutnya, kerja-kerja  pemasangan PVC2 itu boleh disiapkan dalam masa  terdekat menerusi GRP yang dilaksanakan mengikut kumpulan penduduk (Kumpulan A dan B).

“Menerusi sumbangan RM21,103.20 Ahli Parlimen itu, telah melegakan hati penduduk kerana masalah kerosakan bekalan paip graviti di kampung kami  sedikit sebanyak  telah dapat diatasi “, tambah Celement ketika ditemui selepas satu goyong royong yang dijalankan melibatkan kumpulan ‘A’ baru-baru ini dihadiri seramai 14 orang  penduduk.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN