Konolis Bin Bidangon (tengah, berropi)
RANAU: Penduduk dari 5 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Paginatan di sini, merayu kepada kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) agar mengambalikan semula Hak Permit Sementara (TOL) kepada penduduk menjual atau mengambil pasir dan batu di sungai Liwagu terletak berhampiran kampung mereka.
Jurucakap, Konolis Bin Bidangon 86, mewakili penduduk Kg.Paginatan, Kg.Matupang, Kg. Sagindai Lama, Kg.Sagindai Baru dan Kg.Nabutan memberitahu, TOL yang dahulunya di miliki penduduk tiba-tiba dibatalkan dan telah diganti oleh sebuah syarikat berlesen yang lain tanpa perundingan.
Selain itu tegasnnya, tiada persetujuan daripada penduduk yang menggunakan pasir dan batu sungai Liwagu itu untuk membina bangunan rumah kediaman mereka.
Menurut Konolis, sekitar tahun 1970-an penduduk telah mendapat lesen permit (TOL)mengambil pasir dan batu sungai Liwagu namun tiba-tiba dibatalkan pada tahun 1976 tanpa perundingan dan persetujuan penduduk.
“Pemilikan TOL telah diberi kepada sebuah syarikat lain dan sejak itu tidak membenarkan penduduk mengambil pasir dan batu di sungai Liwagu.
“Dengan sebab itu penduduk merayu supaya TOL tersebut dikembalikan kepada kami sebagai satu kemudah penduduk”, jelas Konolis sambil merayu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38.Paginatan, Datuk Abidin Madingkir dan pihak JPS supaya tampil membantu menyelesaikan masalah tersebut agar berterusan.