24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Ranau akur PKP 3.0 dilanjutkan

Oridi ketika di menerima suntikan pertama, di perhatikan Dr.Bonevantura berdiri kanan).

OLEH: JAINUDDIN NASIR

RANAU: Warga daerah ini, menyambut baik pelanjutan tempuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)Penuh bermula 15 Jun hingga 28 Jun sebagai antara usaha kerajaan untuk melindungi rakyat sekali gus memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.

Beberapa warga daerah Ranau, yang sempat ditemui mengajak penduduk akar umbi di daerah itu agar menyifatkan usaha kerajaan melanjutkan tempuh PKP itu sebagai suatu yang positif bagi melindungi rakyat tanpa mengira suku kuam, agama dan idologi politik.

“Usaha positif seumpama itu, harus diterima dengan hati yang terbuka meskipun  ramai yang terkesan seperti para peniaga dan penugsaha perindusterian, perniagaa, perladangan dan sebagainya sebagai punca pendapatan mereka”, jelas seorang aktivis politik masyarakat dari Kg.Napong 1, Oridi Bin Rudin ketika ditemui samasa beliau bersamsa 481 warga Ranau yang mengikuti Program  Imunisasi (suntikan pertama) vaksin Covid-19 di Dewan Masyarakat Ranau pagi tadi.

Datuk Jimmy Tham

Pengerusi Persatuan Hakka Ranau, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong, juga mengajak warga daerah Ranau khususnya suku kaum  Tionghua agar mendapatkan suntikan Vaksin Covid-19, sebagai benteng diri daripada jangkitan Covid-19 yang kini masih menjadi wabak seluruh dunia.

“Saya menyeru masyarakat Tionghua di daerah ini agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat (Norma Baharu) dengan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, seperti mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter antara individu, memakai Pelitup Separuh Muka (facemask), sering basuh tangan dengan air dan sabun (sanitezer) dan tidak mengunjungi lokasi ramai orang (kawasan sesak)”, jelas Datuk Jimmy, sambil mengajak warga Tionghua supaya mengikuti program Imunisasi Vaksin  sebagai perisai tubuh badan daripada jangkitan Covid-19.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN