Gambar atas: MENGHARAP HUJAN….Kanak-kanak turut mengumpul air hujan untuk kegunaan harian
RANAU: Ratusan penduduk dari Kg.Togop Darat dan Kg.Togop Laut terutama penduduk kawasa sempadan dua buah kampung itu (Tinomborok) kira-kira 42 kilometer dari pekan disini, terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan harian.
Jurucakap penduduk, Justin Mudi 34, dari Kg.Togop Darat memberitahu, ia berikutan kemudahan paip yang dibekalkan kerajaan musnah akibat banjir sungai Kopuakan selepas hujan berterusan beberapa hari yang lalu.
Katanya selain menghadapi ketiadaan bekalan air bersih, jambatan sungai ‘Timbul Tenggalam’ merentangi sungai Kopuakan juga turut musnah akibat banjir yang berlaku.

HARAPKAN HUJAN….Penduduk Kg.Togop Darat terpaksa menadah air hujan selepas paip air graviti mereka rosak akibat tanah runtuh.
“Keadaan ini menyusahkan penduduk untuk menghantar hasil pertanian dan berurusan di luar khususnya di pekan Ranau.
“Kami memohon kepada yang berwajib supaya tampil membantu penduduk untuk membaiki jambatan yang rosak teruk itu selain kerosakan batang paip graviti ke kampung kami”, jelas Justin.
Tambah Jusyin, beberapa kerosakan jalan raya ke kampung berkenaan juga turut rosak akibat tanah runtuh.