32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kg.Tagai bakal nikmati kemudahan jalan konkrit

Gambar:Robert (kiri)semasa meninjau pelaksanaan jalan konkrit Kampung Tagai kelmarin.

KENINGAU:Penduduk Kampung Tagai dekat sini akan menikmati kemudahan jalan yang lebih selesa apabila jalan gravel yang kini dinaiktaraf dengan jalan konkrit siap kelak.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk  Robert Tawik @ Nordin berkata, dengan siapnya projek ini nanti, ianya diharap dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk Kampung Tagai untuk keluar masuk ke pekan.

Robert yang juga Pembantu Menteri erja Raya Negeri Sabah berkata demikian selepas meninjau kerja-kerja naiktaraf jalan gravel kepada konkrit yang sedang dalam pembinaan di Kampung Tagai kelmarin.

Menurut Robert, setiap pelaksanaan projek-projek untuk kemudahan penduduk kampung perlu dipantau bagi memasti ia dilaksanakan dengan baik.

“Walaupun tinjauan terhadap pelaksanaan kerja-kerja bagi sesuatu projek dilihat usaha kecil, tetapi bagi saya ianya adalah penting bagi memastikan pelaksanaannya siap dengan sempurna, mengikut tempoh yang ditetapkan dan mampu memberi manfaat yang memuaskan kepada penduduk kampung” jelasnya.

Turut sama pada lawatan ini Pengerusi JPKK Kampung Tagai Mazlan Abu Bakar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN