28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kg.Napong 1, jayakan Gotong-Royong Perdana

▪︎

Oleh: SALWAH ARAMAT

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT……. Demikian yang diterapkan lebih 90 orang penduduk Kg. Napong 1 di sini, telah menyertai Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan baru-baru ini.

Program tersebut diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Elvin Julin yang sentiasa tegas dalam menjalankan tugasan yang diamanahkan dari segi kemajuan serta keharmonian masyarakat setempat.

Sebahagian penduduk kampung yang menyertai gotong-royong itu.

Menurut Elvin, program gotong-royong yang diadakan setiap bulan itu, merupakan tunjang perpaduan dan permuafakatan selain menitikberatkan penjagaan kebersihan di kawasan perumahan kampung berkenaan.

Antara tugasan yang dilaksanakan ialah pembersihan Tanah Perkuburan, pembersihan Dewan Mini, penyemburan racun sepanjang jalan utama dan mengutip sampah sarap di halaman rumah-rumah kediaman.

Group Wanita Zumba Kg. Napong 1, turut membersihkan Dewan Mini kampung tersebut

Beliau mengharapkan supaya warga Kg. Napong 1, sentiasa menjaga kebersihan demi mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

“Saya mengharapkan agar seluruh penduduk Kg. Napong 1, sentiasa menjaga kebersihan diri dan kawasan rumah kediaman supaya tidak dijangkiti sebarang penyakit seperti demam Malaria dan sebagainya”, jelas Elvin ketika dihubungi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN