SUDAH SIAP….Dominik (kanan) bersama Wilson ketika pemantauan projek tersebut.
RANAU: Penduduk Kg.Matupang, 40 kilometer dari pekan di sini, menarik nafas lega kerana bekalan Air Paip Graviti membekalkan air bersih kepada lebih 30 keluarga penduduk kampung berkenaan kini sudah siap.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Kg.Matupang, Wilson Bin Lion mewakili penduduk merakam penghargaan dan terima kasih kepadaTimbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk JonathanYasin kerana menyediakan dana RM10 ribu untuk membiayai projek pembaikan paip graviti tersebut.
“Saya mewakili penduduk berterima kasih atas bantuan Datuk Jonathan memberi perutukan untuk tujuan pembaikan termasuk kos peralatan perpaipan sejauh kira-kira 2 kilometer dari pusat kampung, kini sudah aiap dan sudah mula dimanfaatkan penduduk”, jelas Wilson.
Sementara itu, Pegawai Pemantau Projek pejabat Parlimen Ranau Dominik Bin Kasuman ketika ditemui, mengharapkan kepada penduduk agar memanfaatkan sepenuhnya dan menjaga kawasan tadahan air graviti tersebut iaitu, sungai
Matupang daripada terjejas dengan penerokaan tanah pertanian tidak terkawal.
“Kadang-kadang kawasan tadahan air graviti akan hilang atau kering berikutan pemukaan kawasan tanah pertanian secara tidak terkawal”, jelas Dominik sambil memuji penduduk kerana berjaya menyiapkan kerja-kerja pemasangan batang paip graviti itu secara bergotong-royong yang pastinya telah menjimatkan kos dari segi kewangan, masa dan tenaga.