PANTAU…. Kelihatan Flovia (kiri) dan pihak pengurusan TM sedang memantu kerja – kerja pemasangan.
KENINGAU – Penduduk kampung Bomboi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri DUN Tulid bakal menikmati kemudahan talian komunikasi yang lebih baik selepas kerja -kerja pemasangan talian darat fiber oleh pihak Telekom Malaysia (TM) siap nanti.
Wakil Rakyat DUN Tulid, Flovia Ng berkata, ini merupakan kemudahan yang amat penting kepada rakyat ketika ini selain keperluan bekalan air bersih ,jalanraya dan elektrik.
“ keperluan rangkaian internet pada ketika ini amat penting bagi membolehkan penduduk kampung diluar bandar menerima pelbagai maklumat penting yang sahih terutamanya berkaitan isu semasa berkaitan prosuder operasi standard SOP dan sebagainya.”Katanya itu ketika dihubungi media selepas melawat kerja- kerja pembinaan oleh pihak TM di kampung berkenaan.

Perkerja TM sedang giat melakukan kerja pemasangan .
Folvia yang juga Pembantu Menteri Pembangunan masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, berkata, kampung Bomboi adalah Kawasan pertama di DUN Tulid mendapat perkhidmatan dan berharap ianya titik permulaan untuk TM melebarkan perkhidmatan ini di kawasan Tulid.
”Dengan adanya perkhidmatan ini, ia akan menjadi salah satu pemangkin untuk perkembangan ekonomi dan pertumbuhan industri di Kawasan Tulid. Justeru itu, saya menggesa syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain untuk mengambil contoh dari TM.”Katanya lagi.
“Saya juga percaya adalah tanggungjawab sosial korporat mereka untuk memberi atau memperbaiki perkhidmatan ini ke Kawasan Tulid supaya generasi baru kita boleh bersama melangkah ke dalam era digital seperti rakyat dunia yang lain, khususnya Malaysia dan menikmati kemudahan dan akses kepada ilmu pengetahuan yang tidak bersempadan pada masa ini.”Tambahnya.
Beliau percaya dengan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara JENDELA yang telah dilancar oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun lalu akan menjadi realiti di masa terdekat dan akan diperluaskan ke seluruh Sabah bagi meningkatkan lagi jaluran capaian internet.



