25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kadamaian Zahir Penghargaan kepada Ewon

Ewon Benedick, calon no.1, DUN Kadamaian

KOTA BELUD: Penduduk Kadamaian menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri Sabah terutamanya Datuk Ewon Benedick atas pelaksanaan program-program pembangunan termasuk pemilihan Kampung Lahanas sebagai Program Kampung Sejahtera.

Sehubungan itu, menurut mereka, adalah satu kerugian besar bagi rakyat Kadamaian sekiranya tidak menyokong dan mengundi calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Ewon, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 Septemberi (esok).

Menurut Pinol Timun, pengundi Kadamaian dari Kampung Lahanas Sokid menyokong penuh agar penyandang kerusi DUN Kadamaian itu dikekalkan sebagai wakil rakyat Kadamaian.

Beliau berkata, antara pembangunan ketara yang dilaksanakan di Kg.Lahanas Sokid selepas pengisytiharan sebagai Kampung Sejahtera pada 2018 ialah jalan raya dan pembinaan dewan.

Pinol

“Terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah terutamanya Datuk Ewon sebab selepas menjadi wakil rakyat di Kadamaian, kami melihat begitu banyak perubahan berbanding mantan wakil rakyat Kadamaian yang lain.

“Penduduk Kg.Lahanas mahu agar Datuk Ewon kekal sebagai wakil rakyat Kadamaian, sebab itu kami berusaha untuk menangkan beliau di kampung ini dan PDM Tengkurus. Saya amat mengharapkan agar beliau menang sekali lagi pada pilihan raya ini,” katanya.

Sementara itu Pengerusi MPKK Kg.Lahanas Sokid, Kuin Sani berkata, walaupun baru dua tahun lebih Ewon menjadi wakil rakyat namun sudah banyak pembangunan dilaksanakan di kampung itu.

“Selama dua tahun ini, kampung kami menerima sembilan projek pembangunan termasuk jalan raya, dewan mini, kemudahan pelancongan dan dua buah Rumah Sejahtera Rakyat sudah siap dan didiami oleh pemiliknya, iaitu di Kampung Lahanas Sokid dan Lahanas Siba,” katanya.

Kuin

Beliau berkata, penduduk kampung masih memerlukan khidmat Datuk Ewon sebagai wakil rakyat sebab masih banyak kemudahan diperlukan di kampung itu terutamanya menaiktaraf keseluruhan jalan raya menuju kampung berkenaan untuk memudahkan penduduk kampung memasarkan hasil pertanian.

“Harapan saya kepada penduduk Kg.Lahanas, kita teruskan sokongan padu kepada Datuk Ewon sebab sudah terbukti kesungguhan beliau membantu membangunkan Kadamaian secara keseluruhanya dalam tempoh yang singkat.

“Saya yakin, jika beliau diberi peluang untuk terus menjadi wakil
Rakyat Kadamaian, lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan bukan sahaja di Kampung Lahanas tetapi keseluruhan kawasan Kadamaian,” katanya.

Kelmarin calon UPKO bagi DUN Kadamaian itu meneruskan jelajah kempen di Kampung Lahanas Sokid, Kg.Lahanas Siba, Kg. Gandukut dan Kg.Tengkurus.

Pada hari ini, Ewon yang juga Naib Presiden UPKO meneruskan kempen hari terakhir di Pekan Mini Taginambur, Tamu Darat dan Program Santai Progresif di Dewan Kadamaian Square.

Kaption:

  1. Pinol
  2. Kuin
  3. Ewon bersama penduduk kampung.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN