26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk DUN Paginatan tidak dilupakan

Oleh: Cleo Wil

RANAU: Dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April nanti, para penduduk di kawasan DUN Paginatan terus diingati oleh pemimpin di sini dengan penyaluran bantuan-bantuan seperti makanan, minuman dan sebagainya.

Bantuan-bantuan disalurkan melalui Program Bantuan Kecemasan Covid19 di N.31 Paginatan oleh Adun kawasan itu, Datuk Abidin Madingkir bersama kakitangan Pejabat UPPM Paginatan.

Abidin(berdiri tengah) memantau penyedian dan penghantaran ke Kg.Bitoon.

Pada 27 Mac lalu rekod menunjukkan bahawa semua rumah di Kg Bitoon sudah diberi bantuan makanan manakala 19 kampung di Mukim Bongkud/Lohan juga sudah diberikan bantuan yang serupa.

Pada 28 Mac Abidin dan para kakitangannya telah membuat penghantaran bantuan ke mukim Tanah Rata dan seterusnya menyalurkan bantuan di bahagian-bahagian lain di kawasan DUN Paginatan.

Abidin (ketiga kiri) menyerahkan sumbangan makanan kepada Boy Bairi wakil penerima Kg.Karanaan Baru.

“Kita mahu penduduk mengetahui bahawa mereka sentiasa di hati kami sebagai pemimpin. Lebih-lebih lagi pada musim kesusahan seperti yang Negara dan dunia hadapi sekarang, sebagai pemimpin, saya tidak ragu-ragu untuk turun padang.

“Yang kita mahu ialah para penduduk di kawasan ini akan sentiasa rasa terbela dan tidak rasa dipinggirkan oleh pemimpin, terutama semasa Pandemic COvid-19 melanda. Semoga semua penduduk di sini sentiasa selamat dan berada dalam kecukupan,” jelas beliau.

Sementara itu, Datuk Abidin mengharapkan supaya sumbangan yang diberikan itu meringankan bebanan golongan yang betul-betul tidak berkemampuan semasa dalam arahan kawalan pergerakan ini.

Hillary (kedua kiri) mewakili Abidin menyerahkan sumbangan kepada salah seorang wakil kampung.

“Terima kasih kepada staff UPPM N.31 Paginatan dan semua MPKK serta orang perseorangan yang sudi bertungkus lumus dalam kerja-kerja penyediaan dan penghantaran bantuan ini.

“Terima kasih juga kepada MPKK dan belia Kg Marakau yang sudi meminjamkan Mini Dewan Kg Marakau sebagai pusat gerakan bantuan ini. Kita gembira melihat semua pihak berganding bahu menjayakan Program Bantuan Kecemasan Covid19 di N.31 Paginatan,” jelas beliau. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN