Datuk Robert (tengah) bersama Johari (kiri) dan sebahagian warga pendiidkan dalam acara gimik persamian pondok muafakat PIBG Asrama Desa SK Bunga Raya
Oleh : Dr. Francis Andin
KENINGAU: Bimbingan awal murid dalam alam persekolahan Pra sekolah mampu memupuk nilai-nilai Anak yang Baik dan cerdik selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan menyediakan pendidikan awal kanak-kanak sebelum ke kelas Perdana.
Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik berkata sewajarnya anak-anak yang berusia 5 hingga 6 tahun mendapat pendedahan awal dalam alam persekolahan, bagi membolehkan anak-anak mempunyai asas terutama dalam menguasai tahap Minimum Membaca,Menulis dan Mengira selain melihat perkembangan sahsiah murid sejak awal lagi.
“ Saya yakin bimbingan para guru diperingkat Pra Sekolah amat penting dalam membentuk sahsiah, perkembangan akademik asas dan juga bakat awl murid-murid sebelum ke aliran Perdana agar murid lebih bersedia untuk meneruskan pelajaran di peringkat sekolah rendah berbanding jika tidak ada pendidikan awal pra sekolah”katanya ketika merasmikan majlis Apresiasi Pra Sekolah Kali ke-10, peringkat sekolah-Sekolah Zon Apin-Apin di Dewan Terbuka SK Bunga Raya dekat sini.
Justeru Robert yang juga ADUN N.40 Bingkor menyeru para ibubapa agar terus memberi perhatian terhadap pendidikan awal kanak-kanak agar tidak ada lagi anak-anak yang tercicir dalam memasuki Pra sekolah sebelum ke kelas perdana. Katanya kesediaan ibubapa menghantar anak-anak ke pra sekolah akan membantu menyediakan murid yang berprestasi baik ketika berada di kelas perdana kelak, kerana anak-anak telah melalui asas persekolahan ketika di kelas pra sekolah.
“ Saya meyeru kepada ibubapa terus memberi perhatian, mementingkan pendidikan anak-anak, sikap ambil tahu perkembangan anak-anak setiap masa agar tidak ada lagi anak-anak keciciran pendidikan pada masa ini dengan kemudahan kelas pra sekolah yang telah disediakan”katanya.
Terdahulu pada majlis itu, Robert merasmikan pondok Muafakat PIBG Asrama Desa SK Bunga Raya yang memberikan kemudahan kepada penghuni dan ibubapa sebagai tempat menunggu dan urusan perjumpaan anak-anak di Asrama.
Dr Pranchis menyampaikan cenderahati kepada YB datuk Robert pada majlis itu
Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Keningau Johari Jaibet Sabin berkata komitmen warga guru pra sekolah yang telah memberi bimbingan sepenuhnya sepanjang tahun membolehkan setiap tahun lebih 100 murid pra dari Zon Apin-Apin menamatkan persekolahan dan diraikan dalam majlis Apresiasi murid sebagai pengiktifaran terhadap kejayaan murid-murid pra sekolah.
“ Saya merakamkan penghargaan atas didikasi guru, membimbing dengan penuh tekun , sabar dan sentiasa berusaha memastikan anak-anak layak untuk melanjutkan pelajaran ke kelas perdana”katanya.
Untuk rekod bagi Zon Apin-Apin sebanyak 6 daripada 8 buah sekolah rendah mempunyai kelas pra sekolah dengan 8 kelas dengan anggaran pelajar sebanyak 200 orang terdiri daripada kanak-kanak beruia 5 dan 6 tahun.
Hadir sama dalam majlis itu, semua guru besar, warga pendidikan,ibubapa dan pengerusi Majlis Apresisasi kali ke-10 Dr Pranchis Andin, merangkap Timbalan Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Sabah Keningau dan Pegerusi PIBG SK Bunga Raya Keningau Japrin Thomas.
Majlis dimerihakan dengan penyampaian sijil dan anugerah murid cemerlang Tunjang , persembahan kebudayaan, nyanyian solo murid pra dan Tamu muafakat PIBG-End