26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pendaki wanita diserang gastrik, selamat dibawa turun dari Gunung Kinabalu

Mangsa dibawa turun menggunakan Robinson stretcher oleh pasukan bomba/MOSAR

RANAU: Seorang pendaki wanita terpaksa mendapatkan bantuan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) selepas mengalami sakit gastrik ketika menuruni Gunung Kinabalu, di sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taip ketika dihubungi media berkata, mangsa dikenali Asimeh Bansian, 45 tahun.

Katanya, BBP Ranau telah menerima panggilan kecemasan behubung kejadian itu melalui talian terus pada jam 7.30 pagi.

“Seramai tujuh anggota terdiri dua KB19 dari BBP Ranau dan lima Pegawai Bomba Bantuan (PBB) MOSAR diketuai  Komander Operasi PBK II, Juani Dullah dikerah ke lokasi kejadian yang terletak di Kilometer 3.3 (Mempening) Summit Trail.

“Tiba di lokasi, anggota BBP dan MOSAR yang turut dibantu seorang Park SAR dan dua orang Mountain Guide telah memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum dibawa turun ke Timpohon Gate dengan menggunakan Robinson stretcher,” katanya.

Menurut Mohd Ridwan, mangsa seterusnya diserahkan kepada pasukan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, dan operasi ditamatkan pada jam1.40 petang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN