31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH SINTETIK PERLU DIAMBIL PERHATIAN


RANAU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sentiasa komited dalam usaha menangani permasalahan dadah yang semakin mencabar di negara ini bagi melahirkan Keluarga Malaysia selamat dan sejahtera.


Satu daripadanya penganjuran Hari AADK Bersama Masyarakat di Daerah Ranau, Sabah sempena
Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2022 peringkat Negeri Sabah.

Matlamat utama program itu adalah untuk memberi kesedaran mengenai ancaman dadah dan merancang pelan tindakan holistik membendung permasalahan dadah khususnya di negeri tersebut.

Jonatham diringi Sutekno melawat gerai pameran sempena program itu


Di Sabah, direkodkan sebanyak 99 peratus penagih dadah terjebak dalam penyalahgunaan dadah
sintetik jenis syabu kerana ia mudah didapati. Pun demikian, pengambilan dadah sintetik boleh
menyebabkan pelaku hilang kawalan, masalah mental, menjurus aktiviti jenayah dan bertindak agresif seperti membunuh dan mencederakan orang lain.


Justeru, pencegahan penyalahgunaan dadah sintetik perlu diambil perhatian kerana semakin ramai terjebak bimbang masalah mental turut meningkat. Tambahan pula, proses rawatan dan pemulihan kelompok berkenaan lebih sukar dan memerlukan rawatan spesifik.

Jonathan menyampaikan hadiah kepada Johan Pertandingan Ranau Idol


Sehubungan itu, kerjasama semua pihak menyokong usaha kerajaan secara tidak langsung
mewujudkan persekitaran sihat, sekali gus membantu memerangi masalah dadah, substan dan bahan terlarang dalam komuniti masing-masing.


Golongan ibu bapa juga bertanggungjawab memantau aktiviti anak-anak bagi mengelakkan mereka terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial. Tindakan awal dari rumah membawa kepada pendayaupayaan komuniti.


Dalam pada itu, individu yang mempunyai masalah penyalahgunaan dadah disarankan tampil
mendapatkan rawatan dan menjalani kepulihan secara sukarela. Bagi mereka yang mengalami
kekangan dari segi akses pihak KDN melalui AADK menyediakan Perkhidmatan Bergerak Rawatan dan
Pemulihan (MRT AADK) di luar premis agensi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN