30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pencarian Unduk Ngadau Daerah Tongod 2024 telah bermula

TONGOD: Bulan Mei sudah semakin hampir tiba dan Jawatankuasa Pertandingan  ‘Unduk Ngadau Kaamatan’ peringkat daerah Tongod tahun 2024, kini memulakan Pencarian Peserta yang berminat dan berkelayakan.

AJK Pengurus Peserta, Cyrillen Ampo memberitahu, pencerian  peserta kini dibuka kepada gadis-gadis jelitawan  bujang  belum pernah berkahwin berasal dari daerah Tongod berusia 18 tahun hingga 27 tahun, bukan beragama Islam dan  belum pernah menyandang gelaran ‘Ratu’ Unduk Ngadau peringkat daerah atau negeri sebelum ini.

“Sumandak dan Raraa yang berminat dan ingin menambah pengalaman menghidupi semangat Huminodun, anda di alu-alukan untuk menyertai Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Tongod 2024.

“Tunjukkan bakat anda disamping menaikkan nama baju etnik kita serta daerah Tongod!

“Borang dan syarat penyertaan boleh dimuat turun melalui imbas scan QR Code (dalam poster) atau pada pautan berikut: https://bit.ly/borangundukngadautongod2024. Jangan lupa juga layari dan like Facebook Page: Pesta Kaamatan Daerah Tongod, ” kata beliau.

Menurut Cyrillen peserta juga hendaklah  suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, Rungus (KDMR) berasal dari Tongod,  berketinggian minimum 152 sentimeter (cm).

Kepada yang berminat boleh  menghubungi untuk mendapatkan keterangan lanjut  atau menerusi aplikasi Whatsapp kepada Cyrillen di talian 013-8701324 sehingga tarikh akhir penerimaan penyertaan pada 27 April 2024.

‘Kita mengharapkan tahun ini peserta mewakili daerah Tongod akan meraih gelaran ‘Unduk Ngadau Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 yang bertemakan “Kaamatan, Beyond Food Security”; “Kaamatan, Melangkaui Keterjaminan Makanan”; “Kaamatan, Poingalib Kohimaganan Taakanon.” tambah Cyrillen.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN