30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penambahbaikan tadahan air jadi keutamaan penduduk

Antara penduduk Kituntul Lama Kg. Dambalang Marakau  merakam gambar bersama Clement (berdiri belakang sekali) selepas mesyuarat.

RANAU: Jawatankuasa Paip Graviti Kg.Dambalang Marakau di sini, telah mengadakan Mesyuarat Tergempar bagi membincangkan masalah bekalan Air Paip Graviti di kampung itu yang terjejas akibat banjir lumpur melanda kampung berkenaan awal Januari lepas.

Banjir lumpur yang berlaku telah memusnahkan bekalan air paip graviti juga harta benda seperti kereta, bangunan rumah kediaman dan ternakan milik penduduk.

Pengerusi Komuniti pengguna Paip Graviti Kituntul Lama Kg.Dambalang Marakau yang juga telah mempengerusikan Mesyuarat Tergempar  itu, Clement Umbun ketika ditemui memberitahu, antara agenda yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut ialah, Membincangkan Penambahbaikan Empangan Intake sejauh 2.5 kilometer dari pusat kampung dan Menetapkan Yuran Bulanan setiap Pengguna seterusnya melantik seorang Petugas bagi membersihkan empangan jika tersumbat dengan lumpur  atau pasir seterusnya menetapkan bayaran saguhati kepada  petugas yang dilantik dengan menggunakan kewang an daripadaTabung Pengguna untuk kos membaiki  kerosakan tanpa bergantung sepenuhnya terhadap bantuan daripada pihak kerajaan.

“Itulah antaralain yang telah kami bincangkan dan mendapat reaksi  positif daripada mereka yang hadir mewakili keluarga masing-masing”, jelas Clement.

Beliau berterima kasih atas kehadiran lebih 40 orang penduduk yang prihatin untuk bekerjasama sebagai satu pasukan dalam menjayakan apa juga program yang dianjurkan diperingkat kampung.

Clement juga mewakili penduduk berterima kasih atas keprihatinan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, bersama Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, kerana turut ‘Turun Padang’  bersama penduduk  pada Januari lepas, untuk membersihkan lumpur yang melanda beberapa kawasan bangunan rumah penduduk yang terjejas dengan banjir lumpur yang berlaku.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN