Oleh: Wartawan BorneoBuletin Online
NABAWAN: Pemuda Upko Pensiangan menyampaikan sumbangan berupa alat tulis kepada seramai 60 pelajar Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nabawan, di sini, baru-baru ini.
Ketuanya Samsuddin Gait berkata, penyampaian sumbangan untuk pelajar kurang bernasib baik itu adalah antara program tahunan Pergerakan Pemuda Upko Pensiangan.

“Ini adalah tanda keprihatinan kita terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) di kawasan luar bandar. Saya berharap sumbangan dan kehadiran kami dapat memberi keceriaan dan kegembiraan kepada para pelajar di pusat pemulihan ini.
“Saya juga berharap agar lebih ramai pihak tampil memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan untuk meringankan bebanan mereka,” katanya selepas program Pemuda Upko Pensiangan Bersama PDK Nabawan, di pusat pemulihan itu.
Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ketua Pemuda Upko Pusat Felix Joseph Saang.

Turut hadir Pengerusi PPDK Nabawan En.Ahmad Adini Angilas, Penyelia UPPM Nabawan En.Jaimi, Pemaju Mukim Nabawan En.Andrew Andahang dan En.Justin Ampakat serta beberapa AJK Pemuda UPKO Pensiangan.
Pada hari yang sama Pergerakan Pemuda Upko Pensiangan turut mengadakan Program Wacana Minda di Kelab Belia Nabawan.-TAMAT–
Ends



