25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemuda, Puteri Umno Keningau, agih bubur lambuk kepada masjid, surau, anak yatim dan golongan asnaf

Siti Noor Zati (depan tiga dari kanan) bersama rakan-rakannya bersiap sedia mengagihkan bubur lambuk.

KENINGAU:Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno telah menyediakan lebih 200 bungkus bubur lambuk kelmarin dan telah diagih-agihkan kepada masyarakat khususnya masjid, surau, anak yatim dan golongan asnaf yang telah dikenal pasti.

Menurut Ketua Puteri Umno Bahagian  Keningau, Siti Noor Zati Kamelah BInti Sairin, penyediaan bubur lambuk itu dilakukan bergotong-royong.

Katanya, bubur lambuk yang berjaya disediakan diagih-agihkan kepada golongan sasar untuk juadah berbuka puasa.

Program penyediaan bubur lambuk ini adalah salah satu daripada program pergerakan ini sepanjang bulan ramadan ini.

Siti Noor Zati  memberitahu Borneo Daily Bulletin, selain penyediaan bubur lambuk, mereka juga menghantar sumbangan di.surau-surau.

Sementara itu katanya, penyediaan dan pengagihan bubur lambuk masih teruskan esok.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN