22.9 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 20, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PEMUDA PERIKATAN NASIONAL (PN) TERUS PERHEBATKAN AKTIVITI TURUN PADANG MENYANTUNI PENDUDUK KURANG BERNASIB BAIK

BANTUAN…Kong (kedua kiri) bersama Pemuda Perikatan Nasional (PN) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk di Kg. Nunuk Ragang dan Kg. Tampios, Ranau.

RANAU: Pemuda Perikatan Nasional (PN) terus memperhebatkan aktiviti turun padang untuk menyantuni penduduk yang kurang bernasib baik disekitar perkampungan dalam daerah ini. Aktiviti turun padang tersebut diketuai oleh Kong Soon Choi selaku Timbalan Ketua Wiramuda Star Sabah yang turut disertai barisan Pemuda Perikatan Nasional (PN) dari Bahagian Dewan Undangan Negeri Paginatan.

Antara lain pengisian program adalah pengagihan bantuan bakul makanan yang mensasarkan golongan pesakit kronik, ibu tunggal serta ketua isi keluarga yang kehilangan punca pendapatan akibat penularan pendemik Covid-19 disekitar Kg. Nunuk Ragang dan Kg. Tempios yang terletak sekitar 120 kilometer dari Pekan Ranau.

Kong…(tengah) ketika menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima wanita

Menurut Kong, pihaknya akan sentiasa memperhebatkan aktiviti seumpama itu khasnya dikawasan perkampungan terpencil bagi mempastikan golongan yang memerlukan terus mendapat bantuan sewajarnya lebih-lebih lagi dalam tempoh pendemik Covid-19 masih menular.

‘’Pihak kami sedar akan kepayahan masyarakat kampung yang tinggal jauh daripada pekan untuk mendapatkan bekalan makanan harian mereka. Ada juga yang terjejas pekerjaan akibat Covid-19. Justeru itu kami bersama barisan Pemuda Perikatan Nasional kawasan DUN Paginatan turun padang untuk memberikan sedikit bantuan sewajarnya kepada mereka’’, jelas Kong pada Sabtu.

Beliau juga menyatakan, aktiviti itu adalah kesinambungan daripada beberapa aktiviti turun padang yang dilakukan oleh Datuk Abidin Madingkir selaku Wakil Rakyat kawasan Paginatan dan kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh barisan Pemuda Perikatan Nasional khususnya daripada parti Star Sabah adalah mewakili pemimpin utama kawasan tersebut.

‘’Kami mewakili Datuk Abidin Madingkir selaku wakil rakyat kawasan Paginatan untuk menziarahi serta menyampaikan bantuan kepada penduduk. Melalui ini, maka kami dapat meneruskan kesinambungan aktiviti beliau untuk terus menjaga kebajikan penduduk walaupun beliau mempunyai komitmen tugas lain diperingkat atasan’’, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN