31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemuda maut terkena renjatan elektrik ketika balik dari bekerja

SUPT. Ahmad menunjukkan lokasi ketika  mangsa  maut dipercayai terkena  renjatan elektrik dari sebuah tiang lampu di kawasan laluan pejalan kaki berdekatan bangunan  Ujana Kewangan

LABUAN: Seorang pemuda warga tempatan maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebuah tiang lampu bervoltan tinggi ketika pulang kerumah  selepas selesai bekerja di sebuah hotel  di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Ahmad Jawila berkata, mangsa yang dikenali sebagai  Ryandeigo Roselee, 18 berasal dari Sook Keningau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sekitar jam 12 tengah malam, pada Rabu.

“Ketika kejadian mangsa dipercayai tersentuh tiang lampu bervoltan tinggi semasa berjalan di laluan pejalan kaki berbumbung  Jalan Tanjung Purun dan disahkan meninggal dumia di  tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang dihubungi untuk membantu mangsa yang terbaring berdekatan tiang lampu berkenaan” katanya pada sidang media pada Khamis.

Mangsa ditemukan  dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran tiang lampu di laluan tersebut oleh abang mangsa yang mensyaki sesuatu selepas tidak pulang  ke rumah sekitar jam 11.30 malam.

Ahmad berkata, siasatan awal polis mendapati abang mangsa keluar berjalan kaki untuk mencari adiknya selepas tidak pulang ke rumah sekitar jam 11.30 malam.

“Abang mangsa kemudian menemui adiknya (mangsa) terbaring tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki berkenaan disyaki terkena renjatan elektrik lalu membuat laporan polis kira-kira jam 12.05 pagi.

Ekoran daripada laporan itu Polis  telah menghubungi Hospital Labuan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Perbadanan Labuan untuk tindakan lanjut.

Ahmad berkata, hasil siasatan awal polis mendapati tiang lampu tersebut dalam keadaan baik dan tiada wayar hidup yang terdedah di luar tiang lampu.

Mangsa telah diklafikasikan sebagai laporan kes  mati mengejut.

Ahmad berkata, polis telah  menutup sementara laluan pejalan kaki  berkenaan sehingga pihak berkuasa tempatan (Perbadanan Labuan) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengesahkan laluan itu selamat untuk pejalan kaki,” kata Ahmad.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa berjalan berhampiran talian elektrik yang terdedah terutamanya dalam cuaca berkabus

“Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan yang terdapat bekalan/punca arus elektrik bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku khususnya pada musim hujan ketika ini di Labuan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN