27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PEMINAT FUTSAL DIPELAWA SERTAI KEJOHANAN TERBUKA LELAKI PIALA KDMRS MUSLIM 4-5 JUN INI

Pengarah Kejohanan, Mohd Hadzmie bin Masnin

RANAU: Para belia yang berminat dan ingin bermain bola sepak futsal dipelawa menyertai Kejohanan Bola Sepak Futsal Terbuka Lelaki bagi merebut Piala KDMRS Muslim yang akan berlangsung pada 4 hingga 5 Jun ( Sabtu & Ahad )  ini bermula dari jam 8.00 pagi, bertempat di Marakau Extreme Futsal.

Kejohanan tersebut merupakan anjuran Pertubuhan Kadazandusun Murut Rungus Semalaysia ( KDMRS ) Muslim dengan kerjasama Ranau Extreme Futsal Marakau, KASIRA United, Skuad AADK Ranau dan dikelolakan sepenuhnya oleh The Borneo Ranau Sport Co.

Pengarah kejohanan, Mohd Hadzmie bin Masnin (The Borneo Ranau Sport Co.) berkata, penyertaan adalah berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ kerana pihak penganjur menghadkan jumlah penyertaan kepada 40 pasukan sahaja. Yuran penyertaan bagi setiap pasukan ialah RM280.

Pihak penganjur menawarkan hadiah menarik seperti wang tunai, piala dan medal iaitu Johan akan menerima wang tunai bernilai RM3000 bersama piala dan medal, Kedua ( RM1500, medal ), Ketiga ( RM500, medal ) dan Keempat ( RM500 ).

Bagi yang inginkan keterangan lanjut boleh menghubungi Urusetia ( 0145858712 ) dan ( 0149912611-Nurul ) untuk pendaftaran pasukan. Pendaftaran kini dibuka sekarang sehingga 1 Jun 2022 (tarikh tutup).

Menurut Mohd Hadzmie, tujuan menganjurkan kejohanan ini di samping sebagai satu riadah bermanfaat untuk kesihatan ia juga bagi mencungkil bakat-bakat belia dan merapatkan hubungan silaturahim di kalangan pemain yang hadir semasa kejohanan tersebut. Selain itu ia juga memberi peluang kepada usahawan-usahawan untuk terlibat dalam suasana sukan futsal dalam karnival kejohanan.

Mohd Hadzmie turut menyenaraikan syarat utama pasukan dan pemain seperti berikut:-

1. Pemain lengkap Vaksinasi 2 Dos serta bebas gejala.

2. Syarat pemain adalah terbuka bagi Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap.

3. Terbuka kepada semua Pasukan Futsal yang berumur 17 Tahun ke atas. (dengan kebenaran ibu bapa jika di bawah umur 18 tahun)

4. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada  8 PEMAIN (5 orang pemain serta 3 pemain simpanan) serta 1 PENGURUS sahaja setiap pasukan.

5. Pemain MPFL (2018-2022) / bekas pemain MPFL dibenarkan bermain atas tanggungjawab sendiri atau pasukan.

6. Pemain wakil bola padang, KBS, Saga dan lain-lain sewaktu dengannya dibenarkan atas tanggungjawab sendiri.

7. TERBUKA pada seluruh Sabah/Sarawak/ Wilayah Persekutuan Labuan.

8. Setiap PEMAIN hanya dibenarkan bermain 1 pasukan sahaja.

9. Diwajibkan memakai Jersi yang bernombor dan seragam dengan kasut sukan yang sesuai dan wajib memakai stokin panjang serta “Shin Guard”

11. Setiap pasukan dibenarkan Import 4 orang pemain luar sahaja(MPFL)seperti yang di nyatakan di PARA 6.

12. Setiap pasukan perlu menghantar gambar pasukan kepada pihak urusetia pendaftaran sebagai rujukan.

13. Semua peraturan permainan Futsal akan diputuskan oleh pengadil perlawanan dan keputusan Pengadil adalah muktamad.

14. Sebarang BANTAHAN perlu menyediakan wang tunai RM500 berserta bukti -bukti yang kukuh (Wang tidak akan dikembalikan).

15. Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad. Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN