28.2 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pemimpin masyarakat akar umbi perlu menjalankan tanggungjawab dan amanah

Staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor yang diketuai Junior Fred (empat dari kiri) mengabadikan bergambar bersama dengan Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Negeri Sabah Datuk Awang Kadin Tang (tujuh dari kanan), ADUN Bingkor Merangkap Ketua Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin (lima dari kiri) dan ADUN Liawan Merangkap Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd Datuk Annuar Datuk Ayub (enam dari kanan).

KENINGAU: Pemimpin masyarakat di akar umbi perlu menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebaik mungkin sebagai mata dan telinga kerajaan.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, mereka bukan sahaja bertanggungjawab menjadi pendengar yang baik tentang keluhan permasalahan rakyat tetapi menjadi agen penyampai dan pelaksana dasar-dasar kerajaan agar dinikmati sehingga ke akar umbi.

Tetapi katanya, pada masa sama sebagai pemimpin jangan lupa menjaga etika sebagai pemimpin yang sentiasa menjadi cerminan dan teladan di mata rakyat.

“Sesungguhnya kita sentiasa berhadapan dengan cabaran berat, bayangkanlah hampir setiap hari kita mendengar keluhan rakyat” katanya semasa berucap merasmikan Program Kolaborasi UPPM dan Pemimpin Setempat Setiap Parlimen bagi Parlimen Keningau di Dewan Masyarakat di sini pada Rabu.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, setiap keluhan itu pula mesti dikaitkan dengan peranan dan tanggungjawab pemimpin dan kerajaan.

“Segala kata-kata kita dengar ada yang kurang sedap, ada yang kurang manis, ada yang pahit, ada yang asam, ada yang pedas, macam-macam rasa kita boleh dengar. Semua ini adalah cabaran kita, dalam hal ini tiada pilihan kita melainkan terus berusaha menyelasai masalah dan menyantuni rakyat, tanpa mereka siapalah kita” jelasnya.

Beliau berkata, sesungguhnya kerajaan negeri amat komited menyelasaikan masalah rakyat.

Pada masa ini jelas Robert, prestasi kerajaan begitu membanggakan dengan hasil kutipan hasil yang begitu tinggi dalam sejarah.

“Melalui dasar-dasar proaktif dan praktikal yang diambil kerajaan, usaha ini terus dilipatgandakan untuk menjadikan negeri kita ini sebagai salah sebuah negeri berpendapatan tinggi di Malaysia” jelasnya lagi.

Demikian juga katanya, dengan inisiatif-inisiatif kerajaan yang telah dan sedang dinikmati oleh setiap lapisan rakyat, semua ini adalah membuktikan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan menyelasaikan masalah rakyat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN