24 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pemimpin akar umbi perlu memainkan peranan sebarluas SOP

Ghani (dua dari kanan)menyampaikan watikah pelantikan Ketua-Ketua Kampung kepada Ketua Daerah Nabawan Ulin Datuk Pamiang.

NABAWAN:Pemimpin setempat diperingkat kampung juga memainkan peranan penting dalam menyebarluas Prosuder Operasi Standard (SOP) dalam memutuskan rantaian jangkitan covid -19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Datuk Mohamed Yassin berkata, ini bagi mengelak penularan jangkitannya terus menular dikalangan masyarakat setempat.

“Kita menyarankan pemimpin pemimpin masyarakat untuk terus menasihati penduduk setempat untuk mematuhi SOP yang berkuatkuasa sehingga 18  Febuari” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas  menyampaikan Watikah Pelantikan Ketua Anak Negeri Dan Ketua Kampung Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pegalungan di Pejabat ADUN N.46 Nabawan pada Khamis.

Ghani (tiga dari kanan)menyampaikan injin sangkut kepada Ketua Daerah Kecil Pegalungan Philip Antugi.

Dalam perkembangan lain katanya, berkaitan  bantuan bakul makanan yang disasarkan 11,000 penerima bagi DUN Nabawan baru-baru ini ianya melibatkan tiga fasa iaitu  pertama Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dalam e-kasih,  kedua golongan B40 dan ketiga keluarga yang dikuarantin di rumah yang akan diselaraskan pejabat UPPM Nabawan.

Pada masa sama, Ghani mengalu-alukan mana-mana badan bukan kerajaan NGO mahupun syarikat korporat  untuk menyalurkan bantuan berkaitan kepada golongan yang memerlukan.

Pada masa sama Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah SLDB menyampaikan bantuan   sebuah injin sangkut masing-masing kepada Pejabat UPPM Nabawan, Mahkamah Anak Negeri Mukim Pegalungan  dan Mukim Pensiangan untuk keggunaan tugas rasmi di kawasan Daerah Kecil Pegalungan yang bergantung kepada pengangkutan bot.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN