ADVERTISEMENTspot_img

Pemimpin Agama sambut baik Kembara Rumah Ibadat

Wan Firdaus menyampaikan cenderahati kepada Wong semasa berkunjung ke Tokong Ba Xian Miao.

LABUAN: Pemimpin agama dan masyarakat menyambut baik Kembara Rumah Ibadat yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, baru baru ini.

Presiden Dewan Perniagaan Tiongua Labuan (LCCC) yang juga salah seorang pemimpin tertinggi Tokong Ba Xian Miao menzahirkan rasa terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Wan Firdaus Wan Zaki yang proaktif dalam memastikan persekitaran Labuan termasuk rumah rumah ibadat berlainan agama sentiasa dalam keadaan selamat dan harmoni.

Katanya melalui program tersebut pihak pengurusan dan masyarakat rumah rumah ibadat berlainan agama bukan sahaja dapat berkongsi maklumat mengenai keselamatan persekitaran rumah rumah ibadat, tetapi juga memperkukuhkan hubungan anggota dengan masyarakat lain lain agama.

Sementara itu, Datuk Chin Hoi Vui seorang lagi pemimpin di Tokong Guang Fu Gong menyifatkan program tersebut sebagai platfom untuk berkongsi maklumat keselamatan persekitaran rumah rumah ibadat selain bertukar tukar pandangan mengenai tatacara menangani kes jenayah semasa di pulua ini.

Seorang lagi pemimpin rumah ibadat dari Gereja Katolik, Father Thomas Madanan berkata program tersebut dapat memupuk perpaduan serta saling hormat menghormati dalam kepelbagaian kaum dan agama dan yang paling penting program ini dapat berkongsi dan menyalurkan maklumat mengenai tahap keselamatan di setiap rumah ibadat.

Terdahulu sebelum itu, Wan Firdsus bersama 30 pegawai kanan yang terdiri Ketua Ketua Bahagian menganjurkan Program Kembara Tumah Ibadat berkinvoi menunggang motosikal menuju ke rumah ibadat Gereja Aglican, Geraja Katolik, Kuil Gudwara Sahib, Gereja SIB Pohon Batu dan dua buah tokong masing masing Tokong Guang Fu Gong di pusat bandar dan Tokong Ba Xiang Miao di Kina Benua.

Wan Firdaus berkata program tersebut memfokuskan kerjasama dua hala dalam menyalurkan maklumat keselamatan serta memberi pendedahan mengenai trend kes kes jenayah di pulau ini.

Selain itu ia juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara PDRM dan pengurusan rumah ibadat di sekitar Labuan.

“Program iini juga turut menekankan peranan penting pemimpin agama dalam memupuk perpaduan, keharmonian dan semangat saling menghormati.

Katanya, Program secara bersemuka ini juga dapat mewujudkan saluran komunikasi yang lebih pantas dan berkesan bagi memudahkan penyaluran maklumat terutama membabitkan isu keselamatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN