24.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pemilik premis harus memastikan pengunjung mengimbas kod QR MySejahtera atau menunjukkan Kad Vaksin

Walter melekatkan poster Pematuhan SOP PPN Fasa 3 bagi Daerah Keningau. Disaksikan oleh Dr Mohamad Norhaizam dan DSP Shahrudin.

KENINGAU: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)daerah ini telah memperincikan Pelaksanaan Pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 khusus untuk pengunjung di premis perniagaan dan pejabat.

Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson berkata, perincian itu dinyatakan melalui poster yang telah diedarkan kepada pemilik premis-premis perniagaan dan pejabat-pejabat di daerah ini.

Walter yang juga Pengerusi PKOB Daerah berkata, pemilik premis harus memastikan pengunjung mengimbas kod QR MySejahtera atau menunjukkan Kad Vaksin sebelum menerima pengunjung.

Pada masa sama katanya, pengunjung perlu mengimbas kod QR MySejahtera dan menunjukkan kepada pemilik premis bahawa mereka disahkan golongan berisiko rendah.

“Bagi mereka yang tiada MySejahtera, pengunjung mesti menunjukkan Kad Vaksin sebagai bukti mereka telah menerima dua dos vaksin. Jika tiada salah satu daripadanya, pengunjung tidak dibenarkan ke premis perniagaan” katanya kepada media selepas melancarkan Perincian Pelaksanaan SOP Pelan Pemulihan Negara  Fasa 3 Peringkat Daerah Keningau di salah sebuah premis perniagaan di sini hari ini.

Bagi mereka yang hilang Kad Vaksin jelasnya, dinasihatkan pergi ke Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau supaya Kad Vaksin mereka dikeluarkan semula.

Sementara itu katanta, SOP yang sedia ada seperti mengimbas suhu, penggunaan hand sanitizer dan penjarakan fizikal diteruskan seperti biasa.

“SOP yang turut ditekankan di semua restoran adalah merendam sudu, garfu, chop stick dan tempat lada/kicap dalam air panas” tegasnya.

Dari segi Penguatkuasaan katanya,  KKM, MDK, Polis, MKN dan RELA akan memeriksa semua pemilik premis sama ada mereka mematuhi SOP ini.

“Penguatkuasa juga akan memeriksa pengunjung sama ada telah mengimbas kod QR MySejahtera atau membawa Kad Vaksin” katanya.

Selain itu katanya, pemeriksaan secara random di tempat awam seperti terminal bas, pasar tepi jalan dan sebagainya akan di adakan dari masa kesemasa turut diadakan.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP)Shahrudin Mat Husain, Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau

Dr Mohamad Norhaizam Bin Ahmad @ Narawi dan Ketua-Ketua Masyarakat Cina.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN