29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pemergian Yussof Mohamad  satu kehilangan-UMNO Labuan

LABUAN: UMNO Labuan menzahirkan rasa duka cita atas pemergian Pengerusi Veteran UMNO Labuan, Datuk Haji Yussof  Haji Mohamad yang meninggal dunia akibat masalah kesihatan di kediaman rasminya  Taman Jasa Kampung Batu Arang, awal pagi pada Selasa.

Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata,  alahyarham  adalah seorang yang  amat berjasa kerana beliau adalah individu yang  bertanggungkawab membawa UMNO masuk ke Labuan satu ketika dulu.

“Pemergian alahyarham satu kehilangan besar kepada UMNO dan juga  warga Labuan” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Mohd Rafi yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata ahlahyarham juga merupakan mantan Pengerusi Dewan Perniagaan  Melayu Labuan (DPML) yang telah  banyak mengangkat martabat  ekonomi masyarakat Labuan dan juga negara.

“Bagi pihak UMNO Bahagian Labuan salam takziah buat seluruh keluarga. Moga Allah kurniakan kesabaran dan ketabahan atas ujian kehilangan beliau,”katanya.

Sementara itu menurut adik allahyarham,  Bungso Mohamad, Alahyarham Datuk Haji Yusof Mohamad,74 menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 10 pagi di kediamannya

Alahyarham yang juga mantan Pengerusi Pertubuhan Peladang Wilayah Persekutuan Labuan meninggalkan seorang isteri Hajah Siti Salmiah Haji Antis serta empat orang anak.

Janazah allahyarham telah di sembahyangkan di Masjid Muhammad ke V, Tanjung Aru  sebelum di semadikan di tanah perkuburan Orang Orang Islam Batu Arang, Jalan Arsad selepas solat Asar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN