Pemergian Nabil Rashid satu kehilangan kepada UMNO Sabah: Bung

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Nabil Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama bahagian Tenom(Padas)

KINABALU : Pemergian bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom(Padas)yang pertama Nabil Haji Abdul Rashid(gambar) ke rahmat Allah pagi kemarin(ahad) merupakan satu kehilangan besar kepada Umno Sabah .

Ketua Umno Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar) dalam hantaranya di media sosial milik beliau berkata berita sedih ini bukan sahaja beliau kehilangan seorang sahabat tapi rakan seperjuangan dalam parti Umno yang setia dan berperinsip .

” Saya secara peribadi kehilangan seorang sahabat dan pejuang sejati dalam Umno, saya turut berkongsi kesedihan dan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham moga mereka sabar dan tabah menerima keadaan sukar ini” katanya.

BEKONGSI KESEDIHAN..Jafray bersama Awang Aslee hadir bersama semasa Allahyarham di sembahyangkan untuk menyampaikan ucapan takziah bagi pihak Bung dan Umno Sabah.

Allahyarham Nabil 58 dimasukkan ke hospital Queen Elizabeth II dua minggu lepas berada dalam keadaan koma dan difahamkan menghadapi masalah jangkitan paru paru dimana beliau selain aktivis parti pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini Dato’ Sri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau meninggalkan seorang balu dan 7 orang anak lelaki enam orang dan seorang perempuan dimana beliau dilahirkan di kampung Pantai Sipitang .

Antara yang terawal mengunjungi jenazah beliau di Hospital Queen Elizabeth II Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Jaafar Abdul Wahid yang merupakan rakan karib allahyarham .

Jaafar ketika ditemui berkata, beliau kehilangan seorang sahabat yang sering berjenaka apabila berjumpa dan kali terakhir bertemu di pejabat beliau kira kira tiga minggu lepas .

Jenazah allahyarham Nabil dibawa ke masjid kampung Petagas untuk disembahyangkan dan dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam Petagas bersebelahan dengan tugu perang Petagas.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir termasuklah Setiausaha UMNO Sabah yang juga Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin yang mewakili Bung Dan Umno Sabah,Wakil Rakyat Klias Datuk Isnin Haji Ali Asnih dan Setiausaha Ekskutif UMNO Sabah Awang Aslee Lakat serta ahli keluarga dan rakan rakan Allahyarham .