27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pembinaan MRSM di Labuan diteruskan- PM

MESRA….Ismail yang diiringi Bashir  disambut mesra oleh warga Labuan ketika tiba di dewan Konvensyen Ujana Kewangan, pada Ahad.

LABUAN:  Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)  yang sebelum ini telah diluluskan pembinaannya, namum di batalkan pada era pemerintahan Pakatan Harapan (PH), kini akan diteruskan semula, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail  Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 2,500 warga Labuan yang hadir pada Majlis  Amanat Jelajah Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, di sini, pada Ahad.

“Saya yang luluskan pembinaan  MRSM di Labuan ketika saya menjadi Menteri Kemajuan  Luar Bandar dan Wilayah   ketika itu (2015) bagaimanapun tiba tiba (BN)  kalah pada  PRU14… jadi bila kalah saya pun berhentilah jadi Menteri Kemajuan  Luar Bandar.

“Ketika PH ambil alih pemerintahan BN, mana-mana projek yang  telah diluluskan oleh BN di batalkan… saya tak tahu sama ada  pembinaan MRSM ini di batalkan atau ada masalah lain.

“Jadi hari ini saya  bawa Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Mahdzir Khalid  dan saya telah mengarahkan beliau supaya projek itu diteruskan” katanya.

Ismail berkata, pembinaan MRSM di Labuan seperti yang dirancang pada tahun 2015  akan membantu meningkatkan integrasi nasional  sekaligus menjadi pelengkap hasrat kerajaan menjadikan Labuan sebagai pusat  kecemerlangan pendidikan di pulau ini.

Pada majlis itu, Ismail turut menjelaskan berkaitan isu kenaikkan harga tambang feri ro-ro Labuan –Menumbok bagi kenderaan persendirian  yang naik sehingga 42.5 peratus  ditangguhkan pelaksanaannya.

Ismail berkata, beliau telahpun menghubungi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wa Ka Siong  supaya cadangan syarikat  Labuan-Mainland Link  untuk menaikkan harga tambang feri kenderaan bermula pada 1 November ini  ditangguhkan dan perkara itu telahpun dipersetujui oleh syarikat berkaitan.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Mahdzir Khalid, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN