Arthur (tengah)bersama denganPegawai dan staf Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau.
KENINGAU:Pemberian Vaksin pencegah Covid-19 Fasa kedua yang mensasarkan Warga Emas berusia 60 tahun ke atas, OKU dan golongan yang mempunyai penyakit kronik telah bermula pada 1 Mei lepas bagi daerah Tambunan, Nabawan dan Tenom.
Sementara itu bagi daerah Keningau ia telah bermula pada 5 Mei.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pusat pemberian vaksin ( fasiliti kesihatan) di kawasan Pedalaman dibuka di setiap daerah
seperti di Hospital Tambunan, Hospital Tenom, Hospital Keningau, Klinik Kesihatan Nabawana, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Tambunan.
Disamping itu katanya, pusat pemberian vaksin bukan fasiliti kesihatan telah dibuka di Dewan Seri Antanom Tenom dan Dewan Masyarakat Keningau.
Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, pemberian vaksin Fasa ketiga dijangka akan bermula selewat-lewatnya bulan Julai – Ogos depan.
Walau bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada jumlah bekalan vaksin yang diterima.
“Saya difaham bahawa peratus pencapaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi Zon Pedalaman Sabah yang dikemaskinikan pada 4 Mei bagi populasi 18 tahun ke atas yang telah menerima sekurang kurangnya 1 dos vaksin adalah Keningau 2.01 peratus Tenom ( 2.99), Nabawan (1.25)dan Tambunan ( 1.91)” katanya ketika ditemui media selepas Sesi Libat Urus Bersama Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau, Taklimat Mengenai Status Terkini Program Imunisasi Kebangsaan (PICK)Zon Pedalaman di hotel perkasa di sini pada Khamis.
Mengenai sasaran Program Vaksinasi Zon Pedalaman bagi populasi 18 tahun ke atas bagi setiap daerah Arthur berkata, Keningau 159400, Tenom 46600, Tambunan 30500 dan Nabawan 27900.
Bagi pelan jangka panjang jelasnya, pembukaan lebih banyak pusat pemberian vaksin di kawasan yang jauh dari pekan akan dilaksanakan.
Sehubungan dengan ini katanya, pembentukan pasukan bergerak bagi meluaskan akses vaksin kepada masyarakat luar bandar perlu diambil perhatian.
Jelasnya lagi, di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kerajaan 70 hingga 80 populasi di negara ini didiberi vaksin.