31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pembangunan seimbang di Sabah, Sarawak, PM baharu diharap beri perhatian sewajarnya

KONG SOON CHOI…Timbalan Ketua Wiramuda STAT Sabah

Ranau: Kepimpinan Perdana Menteri Malaysia yang baru diharapkan mampu menyeimbangkan keperluan pembangunan Negeri Sabah dan Sarawak khasnya yang berkaitan dengan kemudahan infrastruktur utama.

Menjelaskan perkara itu, Kong Soon Choi yang juga Timbalan Ketua Wiramuda Star Sabah berkata, agenda pembangunan infrastruktur perlu diutamakan oleh Kerajaan Pusat melalui kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru agar isu-isu seumpama itu mampu diredakan dan tidak lagi menjadi bahan kepada pemimpin politik mempertikaikan kepimpinan kerajaan semasa.

“Sekian lama isu-isu ketidakseimbangan pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak seringkali dibangkitkan oleh pimpimpin politik dan rakyat di kedua-dua negeri ini. Ia sehinggalah kadang kala mewujudkan sifat kenegerian yang agak ketara dimana ramai penduduk Sabah dan Sarawak melontarkan rasa cemburu dengan taraf pembangunan yang diterima oleh negeri-negeri di Semenanjung”, tegasnya.

Kong turut menjelaskan, kehendak kebanyakan rakyat Sabah dan Sarawak khasnya mereka yang tinggal dikawasan terpencil adalah keperluan infrastruktur asas sahaja. Antara lain termasuklah jaringan jalan raya yang sempurna, kemudahan bekalan elektrik dan air serta fasaliti kesihatan, keselamatan, telekomunikasi dan pendidikan.

Jelasnya, jika kemudahan itu dapat direalisasikan dengan sempurna, sudah tentu kehidupan masyarakat bertambah selesa untuk mereka meningkatkan taraf ekonomi melalui sektor pertanian, perikanan, pendidikan dan perniagaan.

“Mereka bukannya mengidamkan pembangunan terlalu mega seperti menaiktaraf pekan kecil kepada bandar dipenuhi bangunan tinggi. Sebaliknya, cukup dengan pembangunan setimpal untuk menjalani kehidupan lebih selesa. Bayangkan sehingga ke abad ini, masih terlalu banyak isu-isu berkaitan kerosakan jalan raya di Sabah dan Sarawak. Ia belum lagi kekurangan fasaliti lain seperti ketiadaan bekalan elektrik dan air termasuk ketiadaan capaian telekomunikasi”, ujar Kong dalam satu temubual pada Selasa.

Justeru, Kong turut berharap pembentukan barisan Kabinet Persekutuan turut dibarisi oleh pemimpin yang benar-benar memahami situasi keperluan utama kedua-dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak khususnya dalam aspek pembangunan infrastruktur.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN