26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pembangunan infrastruktur telekomunikasi kawasan Pendalaman terus dipertingkatkan

Arthur menyampaikan baantuan awal persekolahan kepada seorang bapa murid sekolah itu.

KENINGAU:Pembangunan infrastruktur telekomunikasi khususnya di kawasan Pendalaman Sabah akan terus dipertingkatkan.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, dibawah Program JENDELA Parlimen P.182 Pensiangan akan menerima pembinaan menara telekomunikasi yang baharu sebanyak 40 unit, manakala 44 unit lagi menara sedia ada akan dinaiktaraf kepada rangkaian 4G. 

”Dengan penaiktarafan ini, penduduk akan dapat menikmati rangkaian telekomunikasi yang lebih luas” katanya

ketika menyampaikan Bantuan Awal Persekolah (BAP) dan sumbangan kelengkapan sekolah kepada pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Mansiat kelmarin.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, usaha ini juga menunjukkan bahawa kawasan luar bandar tidak tercicir daripada arus pembangunan. 

“Apabila Kerajaan meluluskan projek pembangunan menaiktaraf telekomunikasi yang begitu besar sekali, menunjukkan bahawa penduduk luar bandar akan dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan” katanya.

Ini katanya, bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan di antara bandar dengan luar bandar serta jurang perbezaan antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung.

Tambahnya lagi, projek pembangunan rangkaian telekomunikasi ini dijangka akan disiapkan pada tahun 2022. Oleh itu, penduduk diluar bandar khususnya di Parlimen Pensiangan akan dapat menikmati talian internet dan telekomunikasi yang lebih baik dari sekarang.

Jelasnya, kerajaan sedang mengusahakan pembinaan tambahan menara komunikasi baharu dibawah Program JENDELA clawback selepas tahun 2025. Ini sedang dalam peringkat kajian yang lebih terperinci.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN