29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pematuhan PKP dalam kalangan warga Tenom baik: Polis

Oleh: MA

TENOM: Polis Daerah Tenom berpuas hati atas kerjasama baik orang awam di daerah ini kerana mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Sehubungan itu, Ketua Polis Tenom,Deputi Supritenden Polis (DSP) Hasan Majid, mengingatkan orang awam di daerah ini agar sentiasa patuh setiap arahan pihak berwajib bagi memastikan daerah Tenom kekal sebagai zon hijau.

DSP Hassan

“Peratusan pematuhan daerah Tenom sehingga hari ini adalah 97 peratus, ini adalah hasil daripada komitmen masyarakat di daerah ini yang memberi kerjasama menjalankan langkah-langkah PKP” katanya ketika ditemui pada operasi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) COVID-19 di sekatan jalanraya Tenom-Keningau berdekatan Pusat Kebudayaan Murut Sabah di sini Selasa lepas.

Jelas DSP Hasan, penguatkuasaan sekatan jalanraya juga turut diperketatkan dijalan utama masuk ke Tenom iaitu di Jalan Tenom-Keningau,Sipitang-Tenom dan Kampung Entabuan-Tenom dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia ATM ,Angkatan Pertahanan Malaysia APM,Jabatan Kesihatan Kawasan Tenom dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Sungkim

Sementara itu, Pengerusi PKOB COVID -19 Daerah Tenom yang juga Pegawai Daerah Tenom Sungkim Rumagun turut memaklumkan dalam taklimat ringkas di Pejabat Daerah Tenom, semua jenis kenderaan persendirian, mengangkut barangan keperluan dan menjalankan perkhidmatan servis dari daerah Tawau dan Lahad Datu turut tidak dibenarkan masuk ke daerah Tenom berkuatkuasa serta merta sehingga arahan lain dikeluarkan.

Pada operasi ini, PKOB COVID-19 Daerah Tenom turut mengadakan nyahcemar bersama Majlis Daerah Tenom dan Jabatan Balai Bomba Dan Penyelamat Malaysia JBPM Tenom di pasar, stesen kereta api dan bank yang menjadi tumpuan orang awam untuk berurusan dalam tempoh PKP ini. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN